Date : 21 Dec 2008
Venue : Taman Rimba Kiara, TTDI

Muka penuh emosi (Courtesy of Mr Tey)
Muka penuh emosi (Courtesy of Mr Tey)
Bersama geng2 Slowmovers
Bersama geng2 Slowmovers

Hari ni hari yg baik utk berlari. Mood quite ok. Training pon ok. Almost ready.
Pagi tu sampai di Tmn Rimba Kiara pukul 6am. Jalan2 sekeliling tu cari member opis aku, Jamil & Syarif yg masuk kategori 6km. Mana ler diorang ni, tak dtg ker hapa.

Hampa dgn pencarian, aku terus pegi warming-up. Stretching & lari 2-3 pusingan kat taman tu. Dah berpeluh & puas ati, terus pegi ke tempat larian bermula. Ramai juga yg masuk kali ni.

Sementara menunggu larian bermula, terjumpa Chan & Jaya. Tak lama lepas tu muncul kakak & abg ipar aku.

Dlm kul 7:20am. larian pon bermula.

Dari mula cuba maintain pace. Tp bila masuk jer area golf tu, naik bukit, aku slowkan pace…. nak conserve energy. Lepas tu turun bukit sejauh 1km++.. best gak.. gliding jer.

Terkejut aku tgk satu group Kenya patah balik. Aik… apsal diorang ni, salah jalan ker, disqualified ker? Kenapa tak terus ke tunnel?

Pastu mula laaa aku nampak pelari2 lain patah balik. Hmm.. baru ler aku paham. Maybe tunnel tak bleh lalu. So maybe kene lari 2 loop kat sini utk lengkapkan 12km. Papehal, aku kene ready for the next loop.

Masa patah balik ke rimba kiara, aku berselisih ngan Jamil. “Good bro! Keep your pace!” Dia berteriak kat aku.

1st loop takde masalah. Sedikit sebanyak, training swimming aku membantu jugak aku improvekan teknik pernafasan aku.

2nd loop pace makin slow. Tp aku cuba push jugak.

Depan aku ada 2 org brader. Peramah betul diorang ni. Hampir semua org diorang kenal diorang tegur. Tersengih jer aku kat belakang. Unofficially, diorang jadi pacesetter aku. Bagus jugak aku follow diorang ni. Mmg pace diorang aku bleh ikut. Tp push sket aaa… Jgn pengsan sudah.

Aku berjaya habis dlm masa 1:08. Kira bagus lah timing tu. Improve a lot!

Sampai2, beratur amik medal & goodies, serah championchip, cari air minum.

Aku jumpa ngan Mej Kalam & family. 1st time borak ngan dia. Nice & humble person. Aku cerita hasrat aku nak start triathlon tawun depan. Dia ajak aku join cycling kat Putrajaya every Friday nite. Insyaallah.

Borak2 ngan geng2 Slowmovers & balik.

Sekian report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *