Venue : Dataran Merdeka, KL
Date : 22-02-2009
Pagi ni datang awal sket… nak book parking belakang Kelab Selangor. Sampai2 jer, dpt parking. Naik atas divider. Sempat tido se round dulu.. heheehhe.
Bangun kul 7.15am. Alamak, lom warm-up lagi. Gi warm-up lebih kurang, terus pegi ke starting area. Sambil2 tu mencari En. Halil(biras aku), nak pass running pouch kat dia, tak jumpa plak.
Race start tepat pukul 7.30am. Route mcm route 10k yg biasa digunakan dlm race2 lepas (Siemens Run, Power Run). Larian kali ni aku cuba push laju sket. Terutama skali kat section bukit di Bukit Tunku & Jln Duta depan Lembaga Peperiksaan. Bleh tahan gak, improved dari dulu. Kalu tak dulu situ ler tpt aku pancit.
Habiskan larian dlm kurang sejam (58min camtu). Tgh2 lepak minum air Milo, ternampak En. Halil. Aku ingat dia dah surrender tak jadi lari. Lari jugak dia rupanya. Waa suspek lu lah bro! Welcome back to the arena. Lepas ni bleh lari lagi.
Lepak2, minum2, chit chat, amik gambar ngan geng Slowmovers & chalooo…
Sekian report kali ni. Jumpa next week di Larian Menuju Puncak (Towerthon).