Date : 1/3/2009
Venue : KL Tower, Kuala Lumpur

KL Towerthon ini adalah acara tahunan yg paling ditunggu2 oleh ramai pelari2 yg regular. Ini adalah disebabkan ia lain drp acara larian yg lain. Lariannya mendaki ke puncak KL Tower. Ramai yg menganggap ianya satu pencapaian peribadi jika dpt mendaki KL Tower hanya dgn menaiki 2058 anak tangganya. Mereka boleh berbangga dgn kawan2, sanak saudara yg mereka telah mendaki anak tangga KL Tower sampai ke atas. Apa yg aku merepek niii….

Berbalik kpd report. Keluar lepas subuh sbb nak cop tpt parking haram belakang The Weld. Macam biasa, tido dulu se round. Kul 7.15am baru bangun & siap2 pakai kasut.

Kat starting line tu, ramai betul umat manusia. Meriah giler… Aku mencari2 org yg aku kenal. Ternampak Meknah & the geng. Sempat aku jamah air teh yg disediakan pihak penganjur. Ada senamrobik oleh org RTM, aku join sekali. Berpeluh gak, cukup utk warm-up aku sebelum mendaki.

KL Tower yg tinggi dan indah
KL Tower yg tinggi dan indah

Anak buah aku, Hanna yg comel loteh turut sama memeriahkan majlis
Anak buah aku, Hanna yg comel loteh turut sama memeriahkan majlis
The Slowmovers family
The Slowmovers family

Slowmovers bersama geng2 BERNAMA
Slowmovers bersama geng2 BERNAMA

Menurut penganjur, jumlah peserta tahun ni paling ramai. Kategori aku, Men Open terpaksa dilepaskan 3 batch. Aku batch yg first, no A001 – A300, aku no A092.

Tepat pukul 8.00am, pendakian bermula. Aku dok pack belakang2. Larian mendaki bukit KL Tower kali ni, aku take it easy. Takde rush mcm tahun lepas. Sbb tenaga tu akan diguna masa daki tangga nnti. Thanks kpd missJeweLz for the tips
(view it here). Walaupun dia tak lari tahun ni sbb pegi Ironman Langkawi, dia tetap menyumbangkan tips yg berguna.

Aku maintain dakian bukit dgn slow pace aku. Sampai jer tangga KL Tower, ramai org dah queue. Bottleneck. Aku teruskan dakian anak tangga. Satu demi satu anak tangga. Tak larat aku nak langkah 2 anak tangga sekali, kaki aku pendek jer. Tp aku tak berlari aaa.. jln jer. Jln dgn langkah yg cepat & maintain. Sorang demi sorang aku potong sayur.

Tiba di water station pertama, aku tak minum, lom dahaga lagi. Water station yg kedua, baru aku berenti minum. Selepas seteguk dua, aku teruskan dakian. Ada sorang mamat ni dah ler slow, aku nak potong dia main block2 plak. Sekali aku dpt mencelah kat tepi, dia tolak aku pakai siku. Hampehhh siot. Tp aku tak bleh ikutkan baran aku. Lantak ko laa. Aku teruskan perjalanan menuju puncak. Water station yg lain aku tak berenti sbb tak dahaga.

Ternampak route marker “6 floors to go”. Aku takkan tertipu lagi kali ni. Tahun lepas aku tertipu. Aku ingatkan 6 floor tu 6 flight of stairs, rupa2nya 1 floor, 4 flight of stairs. Puhhh. Aku dah dengar bunyi muzik makin kuat. Dengar bunyi buzzer championchip pon makin kuat. Yeahhh.. almost there!!! Finally aku tiba di finishing line. Rasa kejap laa pulak. Tahun lepas rasa mcm lama jer tak sampai2. Alhamdulillah aku dapat maintain pace aku sampai atas. Aku tengok jam, timing aku 25:33. 4 minit better than tahun lepas. Alhamdulillah. Target aku tercapai.

Lepak2 kat atas nun, tengok aerial view KL puas2. Tahun lepas tak dpt tengok sbb cuaca berkabus & hujan. Dah puas layan, turun bawah ikut lif. Amik finisher’s medal & goodies bag. Layan Milo kegemaran aku plak. Layan sehhh…. Sambil tu kasi cheer kat peserta2 yg baru dilepaskan.

Banyak acara yg dibuat oleh penganjur. Flying fox, abseiling dari puncak menara, gerai2, makanan free & pelbagai lagi. Meriah betul. Tahun ni ada kategori baru, Kategori Selebriti. Dimenangi oleh Yassin Senario dgn masa 28 min. Fuhhh, tabik laa bro. Tak sangka.

Chatting ngan hustler, En Halil yg improve banyak timingnya
Chatting ngan hustler, En Halil yg improve banyak timingnya

Acara abseiling dari puncak KL Tower, perghhh.. gayat
Acara abseiling dari puncak KL Tower, perghhh.. gayat

Group photo bersama Mr. Alfaro, jurulatih lompat kijang nasional dari Cuba. Tinggi betul orgnya, terasa mcm kanak2 jer.
Group photo bersama Mr. Alfaro, jurulatih lompat kijang nasional dari Cuba. Tinggi betul orgnya, terasa mcm kanak2 jer.

Lepak2 ngan geng2 Slowmovers & geng2 BERNAMA. Ramai gak geng2 BERNAMA yg masuk tahun ni. Sorang jer geng BERNAMA yg menang, Javier Clavelo tempat pertama kategori media dgn masa 19:46. Congrats mate!

Chit-chat, amik2 gambar & balik. I must say, this is one of the best race event ever organized. Semuanya berjalan lancar. Banyak acara2 yg dijalankan to keep the crowd occupied & happy. Memang meriah. Ini lah acara yg ditunggu2 setiap tahun. Harap kecemerlangan ini dapat dikekalkan di masa2 akan datang.

Tahniah kepada pihak Menara KL atas kejayaan menganjurkan event ini!!!

Sekian laporan saya.

3 thoughts on “KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *