The tagline says "Malaysia's toughest triathlon race"
The tagline says "Malaysia's toughest triathlon race"

Tahun lepas, aku decided nak masuk triathlon tahun ni (2009). Dan Kenyir Triathlon menjadi medan pertama aku utk menguji kemampuan triathlon aku. Ramai pro kata Kenyir adalah triathlon yg plg mencabar di Malaysia. Dah ler Olympic Distance jer yg ada. Kalu aku lepas yg ni, bererti triathlon yg lain takde masalah utk aku masuk. Well, itu tak menjadi batu penghalang utk aku masuk Kenyir Triathlon ni. Aku terus register online di http://www.triathlonmalaysia.com/. Once dah register, aku dah ada komitmen & ada semangat sket nak training.

Bas ke Kenyir
Bas ke Kenyir

11mlm 27/3/2009, aku bertolak ke Kenyir dgn bas di Pasar Rakyat. Basikal aku simpan bawah bas. Bas berenti pertama kali di RnR Temerloh. Aku pekene teh tarik kejap. Next stop di Bukit Besi, Dungun. Next berenti sembahyang Subuh di mana ntah lokasi nyer. Sejuk betul cuaca pagi tu, berkabus. Dah ler aku demam, flu. Risau juga aku takut flu ni teruk, tak dpt aku berlumba. Aku mkn ubat flu utk legakan. So far ok, bleh kawal lagi.

Bas sampai di Kenyir tepat pukul 7am. Kami semua turun utk breakfast. Aku kenal sorang member baru, Syukor & membernya. Dia takde bilik. So aku offer diorang stay sebilik ngan aku since aku dok sorang. Amik gambar Tasik Kenyir sket & naik bas semula pegi ke hotel.

Pemandangan pagi Tasik Kenyir yg menenangkan
Pemandangan pagi Tasik Kenyir yg menenangkan
Cari ketenangan jap sblm race esok
Cari ketenangan jap sblm race esok

Check-in & lepak2 kat bilik. Kul 1pm pegi register kat lobi. Ramai gak muka familiar. Brother yg selalu jaga gerai Powerbar tegur aku. Dia pon bukak gerai Powerbar kat situ gak. Surprise dia tgk aku ada kat sini. Aku kata, 1st time, nak try2. Hehhee.

Lake Kenyir Resort & Spa entrance
Lake Kenyir Resort & Spa entrance
Siap ada banner utk peserta triathlon lagi. Ni yg semangat nih
Siap ada banner utk peserta triathlon lagi. Ni yg semangat nih
Chalet tempat aku beradu
Chalet tempat aku beradu

Ingatkan petang tu nak pegi swimming di swimming pool hotel ngan roommate aku. Tp hujan selebat2nya plak. Tido jer ler kat bilik. Esok jer ler berenang di tasik kenyir terus.

Penulis bergambar dgn bunting Kenyir Triathlon
Penulis bergambar dgn bunting Kenyir Triathlon
Race number aku, 212
Race number aku, 212

Mlm tu kul 7.30pm, ada “Carbo-loading dinner”. Eat all you can. Aku belasah mkn cukup2. Bagi menyahut kempen Earth Hour, jam 8.30pm organizer tutup lampu dewan, tp tutup seminit jer laa supaya tak menggangu perjalanan majlis. Syabas pihak organizer kerana turut serta dlm kempen Earth Hour. Lepas makan, Mr. Chan memberikan race briefing kepada semua. Terkejut aku bila dia kata cut-off time 3jam. Iskkk. Bleh ker aku buat? Tp tu hanya sekadar target time jer. Supaya race tak drag lama2 sgt.

Carbo-loading dinner
Carbo-loading dinner
Mr Chan memberikan race briefing selepas dinner
Mr Chan memberikan race briefing selepas dinner

Lepas briefing, balik bilik utk prepare brg2 utk race esok. Tri-suit, goggle, swim cap, running shoes & lain2. Malam tu bancuh air isotonik siap2. Kul 11.30pm masuk tido.

Tgh malam tu aku terjaga sbb tiba2 betis kiri aku crammed. Pergh.. Apahal laa tiba2 crammed ni. Takde mimpi takde apa2 tiba2 crammed. Maybe mlm tu sejuk sgt. Dah ler luar baru lepas hujan. Dlm bilik pasang aircond lagi.

Pagi esok 5.30am aku dah bangun. Mandi & siap2. Solat subuh. Kul 6.15am aku & Syukor terus gerak ke tempat permulaan race. Caya tak caya, aku org first sampai di tempat tu. Hehehe.. punya ler tak sabar agaknyer. Aku juga ler org first yg buat body marking. Lepas tu aku pegi setup tempat transition aku. Pastu pegi melantak Powerbar plak. Then, pegi amik gambar sekeliling tempat permulaan.

Bike & brg2 dah di susun di transition area
Bike & brg2 dah di susun di transition area
Peserta2 lain sedang bersedia. Meriah betul
Peserta2 lain sedang bersedia. Meriah betul
Tempat race bermula. Amacam, ada berani?
Tempat race bermula. Amacam, ada berani?

Aku agak excited kali ni, takde rasa gelabah & takut pon. Tak seperti full-marathon pertama aku di Penang Int. Marathon 2008 yg lepas. Kali ni lebih tenang. Malah rasa tak sabar nak start triathlon pertama aku.

Swim – 1.5km

Beberapa minit sblm start, peserta dibenarkan turun ke tasik utk warm-up. Aku pun turut serta warm-up utk swimming. Dalam jugak aku tgk. Tak nampak dasar. Tp tu tak menggentarkan aku.

Tepat 8.00am, race pon bermula. Macam tak caya jer aku dah nak start triathlon aku. Betul ker apa yg aku buat nih? hahaha.. Ahhhh.. dah berbulan aku training, semuanya tu utk detik & ketika ini laaa.. Jebushhh.. Aku pon masuk dlm air & memulakan renangan.

Just look at how chaotic it was. How to swim like this (photo courtesy of ivie - http://ivieong.multiply.com/)
Just look at how chaotic it was. How to swim like this (photo courtesy of ivie - http://ivieong.multiply.com/)

Perghhh.. aku agak terkejut dgn suasana di atas air. Chaotic. Aku hilang arah, hilang rentak, hilang masa. Semua jadi tak tentu arah. Keadaan terlalu sesak. Pukul sana sini, tarik sana sini. Aku berenang mcm2 kuak dah, hehehe. Lama jugak keadaan camni. At least 250m yg pertama masih kelam kabut. 250m yg kedua, keadaan lega sket. Bleh aku berenang freestyle mcm biasa. Tp kene tengok2 depan jugak takut berlaga lagi. Sesekala aku berlaga jugak ngan float kecik penanda trek ditengah2 tu. Aku tak ingat ntah berapa kali betis aku crammed dlm air tu. Aku cuba recover balik dgn meluruskan kaki, & teruskan renangan. Dalam pusingan kedua, pada 250m kedua, aku bleh tersasar dr trek. Tengah syiok2 swim, tiba2 aku tak nampak peserta lain. Aku stop & tengok keliling. Rupanya aku dah hanyut keluar dari trek, makin ke tengah Tasik Kenyir. Aku cepat2 ubah haluan aku. Takde plak aku tgk penyelamat jaga kat situ. Tinggal lagi 100m nak habis swim, kaki kanan aku plak crammed. Kali ni memang sakit giler punya. Aku tak bleh tahan, aku berpaut pada float. Aku cepat2 recover balik, pastu teruskan renangan bila dah ok sket. Aku naik dan toleh belakang. Ada ler dlm 20 org lagi perenang yg tinggal. Aku terus lari terhoyong-hayang mcm org mabuk ke T1. heehhehe.

Bike – 40km

Penulis semasa di T1, bersedia utk mengayuh
Penulis semasa di T1, bersedia utk mengayuh
Permulaan kayuhan
Permulaan kayuhan
Mengayuh mendaki bukit yg pertama. Tak jauh lepas ni laa aku cram lagi... huhuhu
Mengayuh mendaki bukit yg pertama. Tak jauh lepas ni laa aku cram lagi... huhuhu

Aku tengok byk lagi bike. Perenang yg tinggal tak lebih 20. Mana yg lain. Maybe ada yg surrender masa renang kot. T1 lebih kurang 3 minit kot. Aku agak jer. Bukit yg pertama masa bike ni aku dah surrender. Punya laa tonggek bukit ni, aku tak bleh tahan. Kaki aku crammed lagi. Aku turun dari bike & cuba recover kaki yg crammed ni. Perghhh. Gilers aaa.. race yg penuh ngan cram. Aku pon teruskan menolak bike aku sampai puncak bukit. Sambung semula kayuhan aku. Pastu, aku melalui the first & the fastest downhill. Kelajuan yg aku catat 71.4km/h. Plg laju dalam sejarah tunggangan basikal aku seumur hidup. Sib baik aku tak buat style superman jer. Kalu tak mau terbang.

Bike section ini melalui jalan naik turun bukit. Memang azab aku dibuatnya. Selepas 7km mengayuh, aku berselisih ngan peserta paling depan dah patah balik. Laju betul dia ni. Berdesup. Aku teruskan kayuhan. Ada satu bukit tu, jauh betul dakiannya. Aku cuba laa dptkan momentum. Tp akhirnya aku lost momentum kat tengah, kayuhan terus jadi acara tolak basikal. Huhuhu. Jauh plak tu aku menolak. Ader ler dlm 300m. Rugi masa dah tuuu. Dlm masa lebih kurang 1:10, aku sampai u-turn. Sedut Power-gel aku, minum air 2 gelas & teruskan kayuhan pulang ke T2.

Perjalanan pulang ni lebih laju dan lebih byk turun bukit. Tp bila tiba naik bukit jer, aku tak laju gak. Maklumler battery dah low, dah banyak guna masa mendaki tadi. Nak dekat sampai T2, aku terpaksa menempuh bukit yg aku turun laju giler tadi. Bukit ni mmg tak bleh blah aaa. Aku tengok semua pelari2 pon jalan jer kat sini. Aku pon apa lagi, menolak ler basikal aku. Maklumler battery dah ciput. Jauh gak menolak, dlm 300m. Bukit ni lagi tonggek. Sakit pinggang aku menolak. Aku sampai di T2 dlm masa 2:05 kot. Aku tak berapa ingat.

Run – 10km

Cuaca amat panas. T2 aku tak sampai 2 minit. Aku minum segelas di water station lepas T2. Teruskan larian. Larian di Kenyir pon melalui jalan berbukit2. Lagi byk dr bukit2 di larian2 di KL. Mula2 larian jer dah naik bukit. Kaki aku dah tak bleh nak langkah besar2. Rasa sakit cram tadi masih ada. Aku tak bleh nak push lebih2, takut cram lagi. Larian kali ni berjarak 10km. Kene buat 2 loop melepasi sebelah finishing line. So org2 yg dah habiskan race & crowd yg menyokong bleh nampak laaa kalu ko baru nak start lari. Sib baik aku pakai cap. Bleh cover sket muka ni.

Larian di Kenyir ni mmg bukit tak hingat. Kalu tak naik bukit, turun bukit. Jalan yg mendatar hanya 1 atau 2 tempat shj. Setiap loop kene collect 1 ribbon. Tak byk yg aku bleh citer pasal larian ni. Cuma sakit hati bukit yg melampau2 tonggeknyer mencecah 45 darjah.

Setelah lebih kurang 3:45 akhirnya, aku berjaya tamatkan race. Sampai jer finishing line, aku dikalungkan finisher’s medal. Kaki rasa nak cram. Tp aku terus berjalan tak henti2 nak elak cram. Cara yg aku buat tu berjaya & kaki aku dah tak sakit lepas tu… Legaaa. Kalu tak kene lepak medic tent.

Muka puas hati & penuh bangga, hidung pon kembang
Muka puas hati & penuh bangga, hidung pon kembang

Lepak2 minum milo, 100+, mkn tembikai & pisang. Mejar Kalam sempat ucap tahniah kat aku sbb berjaya habis 1st triathlon aku. Thanks Mejar atas tips & support yg diberikan! Lepas tu balik terus ke hotel, mandi & kemas siap2 sbb bas nak bertolak kul 3pm.

Bergambar bersama rakan2 triathlete yg lain. Semuanya budak2 lagi. Aku paling muda.
Bergambar bersama rakan2 triathlete yg lain. Semuanya budak2 lagi. Aku paling muda.
Mr Richard Habeya turut mengambil bahagian acara relay.
Mr Richard Habeya turut mengambil bahagian acara relay.

Alhamdulillah. Impian aku tercapai. Aku adalah seorang TRIATHLETE skrg. Thanks kpd mereka yg memberi moral support kpd aku, especially my wife. Without you, i don’t have any idea that i’m gonna do this. Alang, Halil & all the Slowmovers team, mak abah aku, member2 opis. The rest, you know who you are. I dedicate this victory to all of you.

See ya in the next triathlon!!!

10 thoughts on “Kenyir International Triathlon 2009

  1. Wahh… bravo.. bravo… tahniah!
    Memang mencabar.. dan ko memang berani sahut cabaran tuh.. Aku yg membaca ni pun rasa cam sakit2 blakang je.. kekeke..

    Mungkin di masa akan datang, ko boleh join lagi triathlon nih. Chaiyok! Chaiyok!

  2. Salam…tahniah bro. memang tabik kat lu. moga terus sukses dalam acara macam ni. next time hire aku jadi official photografer ko untuk event macam ni…no hal punya 🙂

  3. Aku bangga ngan ko bebeh! Siyes! Bukan calang2 orang leh completekan Triathlon weh… ingat senang ke? huhuhuhu.. aku baca cycling 40km pun aku dah seram.. huhuhu aritu baru 20km ++ pun aku dah rasa cam nak giveup.. hahaha…

    Tahniah bebeh.. I wish I cud be active like u..

    Taking care

  4. tahniah…. lain kali aku pun ingat nak naik bas gak.

    next jom turun kuantan , layan basikal gunung.

    Krem tu kurang garam, lain kali sebelum tidur malam telan ORS 1 dan pagi balun 1 lagi.

  5. tq bro zul…
    naik bas mmg jimat…
    meriah plak tu…
    mcm pegi rombongan sambil belajar jer…
    bleh kenal & lepak2 ngan rakan2 triathlete yg lain…

    terima kasih atas tips tu…
    akan aku amal kan next race

  6. yo, hai abang fairul, x sangka bleh jumpe, abang “on9” anyway, yeah see you in the next triathlon. Kali ni mesti upgrade dah sume =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *