Venue : Piazza The Curve, Mutiara Damansara.
Date : 12/04/2009
Time : 7.30am

Asal2 nya, aku tak dpt nak register untuk Orange Run 2009 ni. Sebabnya, registration dah penuh hanya dlm masa 2 hari shj registration counter dibuka. Kuota hanya utk 3000 shj.

3 hari sblm race day, tiba2 kakak ipar aku call ada slot free utk Orange Run. Ada org tak jadi nak lari. Thanks banyak2 kpd Ms Julie & Joyce kerana bersusah-payah call member2 dia sana sini utk carikan pelari yg tak jadi lari pada hari tu. Finally, 5 org dr Slowmovers yg tak sempat nak register dpt lari Orange Run tahun ni. Yeahhhh!!!

Race start pada pukul 7.30am. Dimulakan dgn kategori lelaki, dan kemudian wanita menyusul. Jarak larian pada kali ni bertambah sikit drp tahun2 lepas, 11km. Run route nya juga tak berubah jauh.

Masa ni konon plan nak lari rilek2 happy2 - photo by PMtey
Masa ni konon plan nak lari rilek2 happy2 - photo by PMtey

Cadangnya aku nak lari rileks2, main2 jer.. sebab tak prepare nak lari pun. Tapi tengok org lain laju jer, aku pon dgn tak sengaja terikut laju. Arghh.. belasah jer lah. Bukit double kat Bandar Utama tu pun aku belasah laju (pada aku laju lah tu). Ada 1 water station di bukit double tu. Pelari2 disajikan dengan air isotonik Revive. Sedap gak.

50m dari garisan penamat - photo by Ng May Ching
50m dari garisan penamat - photo by Ng May Ching

Aku berjaya tamatkan larian dlm masa 1:05. Konon lari saja2. Hahaha. Lepas tamat larian, aku beratur utk amik goodies bag. Pastu lepak2 makan & minum. Mcm2 ada. Oligo Koko, Nescafe, Revive, nasi lemak, sparkling water(nama dah lupa), mamee slurrppp, susu Dutch Lady chocolate(air favourite aku) & mcm2 lagi. Tu yg aku suka masuk Orange Run ni, byk makanan & minuman. Free entry plak tu. Makan lerr puas2.

Lepak2 chit chat ngan Encik IM Zulhassan. Bleh dikatakan dia ni mentor utk triathlon aku. Sedikit sebanyak dpt korek training method & tips drp dia. Thanks bro Zul.

Group photo bersama geng Slowmovers & BERNAMA
Group photo bersama geng Slowmovers & BERNAMA

Lepas tu lepak2 ngan geng2 Slowmovers & BERNAMA. Amik2 gambar & balik.

Sekian report Orange Run 2009. Good organizer!!! Jumpa lagi tahun depan.