Finisher's Medal & bib aku 0353
Finisher's Medal & bib aku 0353

Marathon ke-2 aku kali ni, aku berjaya tamatkan dlm masa 6:12. Alhamdulillah! Dan kali ni aku nak tulis simple report jer. Frustrated! Nak tau citer, baca kat bawah…

Race start pukul 5.00am dlm keadaan hujan renyai. Tak sempat aku nak warm-up, badan dah sejuk balik kene air hujan.

Hujan renyai berhenti setelah sampai di Brickfields. Teruskan larian. Di KM-15 depan Tabung Haji, diorang kasi pisang. Belasah pisang sebijik. Dpt ler instant energy boost sket.

Sampai di water station Jln Raja Muda, aku mkn Power Gel & minum air sekali. Tu lah last water station yg aku jumpa, yg masih ada air. Lepas2 tu, KLCC, Jln Pinang… bla2 sumer dah takde air. Yillek.. nadaaa.. podah cittt!!! Sumer pelari bising. Ada pelari Singapore ni saun brader jaga air tu, “You should come to our country, see how they manage the marathon”. Aku malas menyampuk, aku teruskan usaha cari air. Kot terjumpa botol air mineral yg dibuang oleh pelari2 di water station, yg air masih tinggal sket tu pon bleh kaut minum. Desperate for water!!!

Bila sampai depan Wisma Genting, ada sorang brader ni offer aku air mineral dia, aku minum sket. Thanks bro, tp aku tak ingat nama ko.

Depan Pavillion, aku tak larat dah nak berlari mendaki Bukit Bintang tu. Berjalan jer. Tengok pelari2 lain singgah 7-Eleven beli air. Aisehhhh, tak teringat plak aku nak bawak duit. Sekali ada this one young chinese guy(bib no 478 kot) beli beberapa botol air mineral. Dia offer aku sebotol. Thanks man!!! Di sini kita boleh melihat sifat tolong-menolong sesama peserta, tak kira bangsa, umur. Tu yg bagus tu. Aku harap aku boleh tolong ko pulak satu hari nnti bro.

Sampai kat Jln Bandar(KM-30) aku diberikan Power Gel. Bro yg jaga Power Gel tu(aku tak ingat nama nya) kata 300m ahead ada water station. Aku dah belajar dr kesilapan lalu, selagi aku tak nampak water station yg ada air, aku takkan makan Power Gel nih. Kalu mkn jugak, kering lah mulut aku. Huhuhu… Tengok2, water station lepas tu mmg takde air, aku dah agak. Hampa lagi aku. Berjalan ler aku mendaki bukit Jln Hang Jebat tu.

Jln punya jln, aku nampak ramai runners masuk ke satu tempat ni (JPWKL kot). Diorang kata ada air kat dlm. Water cooler rupanya. Aku pon masuk & queue nak amik air water cooler tu. Kat sini lah silapnya aku. Aku tak sepatutnya berhenti static lama2. Lepas amik air & isi dlm botol2 fuel belt aku, aku teruskan larian. Dah rasa semangat sket dah ada air. Tp tiba2 betis & peha aku rasa mcm kene cucuk2, mcm ada alien kat dlm. Adehhhh.. aku rasa asid laktik dah menguasai kaki aku ni. Silap aaa aku berenti lama tadi.. huhuhuhu.. Kaki aku dah mula nak cramp. Otot betis kaki aku dah tertarik ke dalam dah, bleh nampak tuuu otot termasuk. Perghhh ngeri, aku mampu menahan sakit sambil mengurut2 betis aku. arghhh… ada runner yg offer pertolongan, aku kata takpe, sket jer, konon.

Lepas tu, lari sket jer dah rasa nak cramp. Iskkk.. tak bleh jadi nih. terpaksa laa aku berjalan jer. Jalan pon dah mcm robot. Turun bukit bleh laa aku cuba berlari sket2. Naik bukit jgn harap nak lari, sia2 kene cramp kang.

Tgh aku berjalan kat depan Istana Negara, ada plak mamat ni bawak kete Satria, jerit kat aku “Woiii!!! Lari lah!!!” Aku pon angkat balik tangan kat dia “Woiiii!!!!” Hampeh… sepontan jer reaksi aku. Dah ler takde air. Kaki cramp. Fuhhh, masa ni tak bleh sapa2 tegur. Pantang…

Depan Muzium Negara baru ler jumpa satu water station yg masih ada air. Lega kejap. Tp dah terlambat utk hilangkan cramp kaki aku. Minum puas2 & refill fuel belt aku. Lepas2 tu, semua water station yg aku jumpa ada air.

Ni citer best nih. Kat trafik light sblm Dataran Merdeka tu, terjadi laa satu drama yg tak ble aku lupa. Trafik tgh tunggu lampu hijau, aku berlari antara trafik. Tiba2 jer dua2 kaki aku cramp, sakit tak hingat punya! Menjerit aku. Tersungkur aku antara teksi & bas. Kebetulan masa tu lampu trafik light dah hijau, kenderaan nak start jalan, semua berhenti serentak sbb ternampak aku tersungkur kat situ. Sib baik dtg Pegawai Trafik DBKL ni tahan sumer kenderaan jgn kasi jalan. Terus dia turun dari motor dia kasi pertolongan kat aku. Dtg lagi sorang pejalan kaki ni tolong luruskan kaki aku yg belah kiri plak. Dua2 kaki aku cramp. Terima kasih kalian sbb tolong aku. Bila dah ok, aku berdiri & jln mcm robot ke garisan penamat, sambil menahan sakit nak cramp. Huhuuuu… Nampak Nik, Kash, Stupe & Mr. Tey kat finishing, cheering utk aku. Naik sket semangat aku, lari sket2 ke garisan penamat.

Akhirnya aku tamat dlm masa 6:12. Ambik luggage aku, finisher’s medal & finisher’s ‘night gown’. Punya lah besar, aku saiz S, yg ada saiz XL. So jadi night gown jer lah.

Lepas tu lepak medic tent, utk meredakan cramp aku & free massage.

Eh.. panjang plak karangan aku nih. Td kata nak simple jer. Ni tgh byk idea lah ni.
Ok lah.. next year KL Marathon, better improve lah. Kalau tak, takde org nak lari full marathon dah.

Finishing...
Finishing...

5094_97710517011_530057011_2141091_2179046_n
...
Group photos bersama geng2 triathletes
Group photos bersama geng2 triathletes

Baju tidur utk penamat2 marathon
Baju tidur utk penamat2 marathon

p/s: some photos are credit of Stupe.

9 thoughts on “SC KL Marathon 2009

  1. semangat yang macam ini lah yang patut semua orang contohi, dah siap tergolek pun masih ingin teruskan perjuangan. Syabas bro dan good lick PD tri nanti.

  2. zul.. ko pun dah terjangkit ‘good lick’ dari si abu eh?

    Fairul,
    Congrats!
    hero hindustan pun mesti tabik spring lah kat kau siap boleh tergolek celah2 bas n teksi..

  3. aisehhh…
    tak turun rupanya…

    hahahah.. aku ingatkan good lick typo error

    nik,
    sib baik aku tak tergolek depan korang sumer… hahaha
    kalu tak sure stupe & mr. tey dah amik gambar aku..huhuuu

  4. wehhh kalau tergolek nak tamat lagi bagus.. mesti keluar paper punya..

    Tajuk utama –> Inilah akibatnya berlari tanpa air.

  5. betul gak tu.. baru padan muka penganjur kene kutuk kat paper…
    tp malu laa plak muka aku kuar…
    ehhh .. tp takpe aku pakai sunglass.. bleh cover ..hahaah

  6. alamak, fairul, ko tersungkur kat tengah2 jalan. Marathon yang penuh drama dan aksi. Anyway, congrats!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *