Akhirnya apa yg aku impikan selama ni tercapai! Aku dah dpt lesen diving.

15/4/2010 mlm, kak Hazz fetch aku & Roma dr Bernama. Parking kete kat Bernama. Singgah di Kuantan ambik Zafridan. Aku naik kete ngan abg. Rahim(instructor kami). Lepas Kuala Terengganu, aku sambung drive, sbb abg Rahim dah ngantuk. Kami tiba di jeti Kuala Besut dlm 6.30am 16/4/2010.

Lepak2, sarapan, 8.30am naik bot ke P. Perhentian. Cuaca baik, tp keadaan laut agak bergelora. Boatman tu plak bawak laju, aku dok paling depan. Terhentak2 aku dibuatnya. Dah mcm naik roller coaster kat fun fair. Bedebah punya boatman! Setengah jam kemudian smpai di jeti Arwana Resort, P. Perhentian.

Lepas check-in, tanpa tunggu, kitorang prepare utk 1st open water dive. Prepare dive equipment di dive shop & briefing oleh instructor.

Ketibaan di jeti Arwana Perhentian Resort

Bersiap sedia utk selam
Bersiap sedia untuk selaman pertama

Aku & Roma dah ready

Excited giler...

1st Dive (1st day)

Location : Shark Point, tak jauh je dr resort.
Air mmg jernih, dr atas bot dah bleh nampak batu karang & ikan2. Tak sabar rasanya nak turun. Setelah pembahagian dive buddy(DB) oleh instructor, dan ajar cara nak turun dgn cara back-roll, aku pun turun. Dah turun bawah tu, pemandangannya mmg cantik betul. Tak terkata aku tengok keadaan bawah laut sedalam 15m tu. Ikan, gamat laut, batu karang.. mcm2 lagi. Semuanya sungguh indah. Sblm ni dpt tgk dlm tv jer, skrg depan mata aku. Fuhhh.

2nd Dive

Location: Shark Point
Dive kali ni lebih kurang sama dgn yg 1st td. Cuma keadaan di bawah berpasir dan kebolehlihatan yg rendah. Tp dpt melakukan selaman lebih jauh & mcm2 bleh nampak. Instructor juga ada tunjuk pd kami seekor Black Tip shark di hadapan. Tp aku tak nampak sgt, jarak pemandangan agak terhad.

Muka2 happy selepas nampak shark

3rd Dive (2st day)

Location: D’Lagoon
Terletak agak jauh dr Arwana Resort. Turun2 je ke bawah, satu kawasan berpasir yg lapang. Mmg cantik! Cuaca yg baik menyerlahkan lagi view dlm laut. Di sini, kami menyelam mengelilingi terumbu karang yg besar. Dpt aku main2 dgn Nemo (Clown fish). Tiba2 instructor menyuruh kami diam sebentar sbb kat depan tu ada seekor pari besar yg tgh berehat. Kami hampirinya perlahan2, tgk pari secara live. Perghhh.. perasaan yg mmg susah nak terangkan.

4th Dive

Location: Tg. Basi
Ini adalah dive yg terakhir utk melayakkan aku sbg seorang diver yg bertauliah. Dive kali ni menggabungkan dua kumpulan divers. Dive buddy aku pun bertukar dgn rakan yg lain. Dive site kali ni agak mencabar di mana menurut instructor kami, terdpt beberapa jenis ikan yg agak agresif spt trigger fish & landak laut, dan juga airnya yg berarus. Jadi diver haruslah lebih berhati2. Pemandangan bawah laut pd kali ini lebih cantik drp tpt2 yg lain, byk jenis ikan & batu karang yg ditemui. Terdpt sekumpulan ikan selar kuning yg berenang berhampiran kami, aku ambik kesempatan utk berenang di tengah2 gerombolan ikan tersebut. Tp susah gak nak kejar, hehehe. Dive kali ni mengambil masa 45min & selaman sedalam 16m. Kami masing2 pulang ke resort dgn muka yg berpuas hati.

Arwana dive shop

"Aku bukak dive shop pon ok gak ni..."

Malam tu, kami menjawab soalan2 exam PADI, bg melengkapkan kami memperolehi lesen diving. Alhamdulillah, semua aku dpt jawab. Mlm tu juga majlis penyerahan sijil lulus kursus diving. Aku dah PADI certified! Yeahhh best..!!!

Sukses!!!

4 thoughts on “PADI certified!

    1. apa lagi bro… jom join melangkah ke depan sket.. berenang kat permukaan dah boleh.. skrg menyelam tengok keindahan dasar plak.. cantik bro… tak nyesal nyer.. aku bleh rekemenkan ngan instructor ni, sempoi aja

  1. Salam… tahniah! Saya mengenali Perhentian dari 1990, ketika itu cuma ada 3 dive shops. So marilah kita mengajak ramai lagi rakyat mesia men diving untuk lebih kenal dan cinta alam khasnya mesia… saya lulus PADI 2004. Sekarang bawak grup kecil-kecilan utk diving secara bajet. Ada berbelas shop sekarang… ok selamat …

    1. insyaallah mej. saya pun nak ajak ramai kawan2 join diving… tp ramai yg phobia dgn air & tak tahu berenang. akan cuba lagi tarik kawan2.. maybe kita bleh dive sama2 nnti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *