Wa nk komen byk pasal XPDC Live in Concert smlm.

Kat tiket kata start kul 8 pm. Kul 11, baru la XPDC kuar. punya la lama tunggu.. 3 jam bro, baru lu org kuar. Ada problem ngan organizer rupanya. Gua agak, payment punya hal laaa ni. Tp XPDC main tak smpi 10 lagu pun. Kul 12.30am organizer dah suruh stop sbb permit main smpi kul 12am je.

Wa tgk muka rockers masing dah mencuka, pissed-off dah. Balik dgn perasaan x puas layan XPDC.

Organizer, lu org bertanggungjawab dlm hal ni. kutipan tiket tak besar, lu org jgn libatkan penonton2 yg dah dtg, silap tu bro. Gua faham, XPDC takkan main kalau payment x secure, bisnes mmg cmtu. Tp sayang pd peminat punya pasal, XPDC main gak la lagu sikit. Lu org masih berbisa lg XPDC, gua respect!

Tengok pada bilangan penonton yg dtg, aku confident laa masih tak cukup nak rolling modal. mana pegi rockers2 otai yg lain? sikit jer gua nmpk smlm. mana pegi mat2 indon yg gua banging sama2 masa concert mega XPDC dulu2? mana pegi rockers2 Singapore? ada laa gua nmpk sikit smlm. XPDC ada peminat2 nya tersendiri, kalau diorang ni tak dtg, apalah concert XPDC.

Ni sumer sbb PROMOSI bro, kurang PROMOSI. tak ramai yg tau pasal concert ni… organizer yg br setahun jagung harap dpt belajar dr kesilapan ni. wa x jd laaa nak tuntut balik duit tiket. kasi laa kat org yg sepatutnya dpt tu.

XPDC, harap dpt jumpa lg di concert akan dtg. Minat kami takkan luntur sbb lu org mmg LEJEN!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *