Running Sports

FTAAA X-country 2009

Date : 15-02-2009
Venue : Tapak A, Tasik Perdana, KL

Larian hari ni agak best, walaupun tak training aper pun. Track offroad dia lebih mencabar & lebih panjang dari tahun lepas. Rasa mcm mini trail-blazer plak.

Larian start pukul 7.30am. Mula dgn kategori A, B & C dan seterusnya. Larian mengelilingi Tasik Perdana, pastu mendaki bukit ke arah Planetarium Negara, belakang Taman Burung seterusnya menghala ke arah Padang Merbuk. Mcm route tahun lepas.

Track offroad bermula di jalan belakang Istana Selangor. Track agak licin ekoran hujan mlm tadi. Hutan agak tebal menjadikan keadaan track agak gelap. Slope nya agak curam juga. Laluan lebih mencabar dan sempit, sampai bleh jadi traffic jam dlm hutan tu. Laluan offroad kali ini lebih panjang, turun-naik2, ntah biler nak sampai. Rasanya lebih kurang 800m gak laa. Selepas melalui rack off-road, kene lalu lecak plak sblm track berkembali ke jalan raya. Nak tak nak, kasut kene laa jugak pijak lecak.. tak bleh elak.

Timing aku lebih kurang 58minit. Pegi cari lori Milo. Beratur punya ler panjang. Kanak2 sekolah ramai. Lori Milo sebijik jer. Kene komplen nih. Berjumpa ngan bro Zul Hassan. 1st time jumpa. Borak2 tentang triathlon & mintak tips2 sket. Thanks bro Zul.

Borak ngan geng2 Slowmovers & blah.

Chit chat ngan Hasif yg dah lama tak lari
Chit chat ngan Hasif yg dah lama tak lari

Pia kau kau lat
Pia kau kau lat
pecutan ke finishing line
pecutan ke finishing line

Group photo bersama Slowmovers
Group photo bersama Slowmovers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *